Buah Delima sangat terkenal dengan kandungan nutrisinya yang baik di seluruh dunia. Buah tersebut berasal dari India Utara, Pakistan, Afghanistan dan Iran. Selain itu, ianya juga boleh di dapati di Malaysia, Asia Selatan dan California.
Buah ini berwarna merah, ungu atau oren kekuningan dengan isinya berwarna merah jambu dan berbiji-biji kecil. Rasanya manis berjus.
Buah delima juga popular dalam bidang perubatan dan kecantikan kerana ia mempunyai kandungan yang sangat baik untuk badan. Perkara ini telah diamalkan sejak beribu tahun yang lalu!
Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan Penyakit Jantung, Tekanan Darah Tinggi, Lemah Tenaga Batin, Melambatkan Penuaan, Kanser Prostat, Kanser Payudara, Kanser Usus dan Leukimia.
Antara khasiat-khasiatnya yang lain;
- Boleh mengurangkan berat badan
- Merangsang tenaga batin
- Mengurangkan risiko penyakit kencing manis
- Melindungi otak bayi dan ibu mengandung
- Melawan kanser payudara
- Melawan penyakit jantung
- Mengurangkan batuk dan asthma
- Membantu menstabilkan paras kolestrol
- Membantu merendahkan tekanan darah
0 comments:
Post a Comment